Bonjour silent readers ! Thanks for coming yah ! Enjoy reading and comment . Follow too !Dashboard | +Follow
andaikan dapat dimaafkan..
Apr 29, 2011 | 12:50 AM | 0 comments
teacher aminah masih marah pada kelas 6 kreatif.kami tahu salah kami telah banyak menggores hati teacher.maafkan kami.

tak siap kerja,tak dengar cakap teacher,selalu leka dan lain lain itu kami telah lakukan.itu buat teacher sakit.sakit hati.teacher dah merajuk.teacher tak nak masuk kelas kami.keputusan kami teruk.kami dapat markah yang rendah dalam mathematics.teacher pasti sedih.

teacher nak ajar kelas lain.teacher suruh kami cari cikgu lain untuk ganti teacher.sedihnya aku dan yang lain.

tapi itu tak sesedih teacher.aku rasa macam nak nangis sangat.teacher tak layan kami.

semua murid tahun 6 perlu turun ke dewan.kami tak tahu pasal itu pun.kami menyambung pelajaran subjek b.inggeris dengan teacher mona.kami belajar tekun di dalam kelas.sedangkan tahun6 yang lain ada di dewan.entah ada apa.teacher aminah yang mengendalikan.

tiba tiba ada seorang guru yang lalu di hadapan kelas kami.lalu bertanya , "kenapa 6k tak turun bawah?"tanya guru itu sopan.kami hairan.

teacher mona mengarahkan kami untuk turun ke dewan.kami beratur lurus lalu turun.muka kami selamba bercampur hairan.mengapa kami tidak dipangggil?

aku tahu mengapa.teacher aminah merajuk.jadi kami seperti tidak ada di matanya.

selesai perhimpunan,teacher mengarahkan satu demi satu kelas untuk pulang.jam sudah tepat pada 12:05 tengah hari.hari hujan.sejuk rasanya.semua kelas telahpun berarak pulang ke rumah masing-masing.kami hanya duduk dan tunggu sehingga kelas kami dibenarkan pulang.setelah beberapa minit kami tunggu dengan sabar.kelas kami tak dipanggil pulang.tapi teacher pun sudah offkan mic.oh! aku ingat! teacher dalam keadaan merajuk pada kelas kami.

aku dan yang lain pulang sahaja.teacher dan guru yang lain masih lagi berada di dewan sambil berbual bual.aku dan sarah berniat mahu bersalam.pabila aku hulur tangan pada teacher aminah,rasa sedih terus menyambar di hati ini.teacher menyuruh aku pergi saja.sseperti dihalau.

aku cuma mahu bersalam.tapi dihalau.teruk merajuk teacher aminah.bagaimana boleh aku selesaikan ini semua.pujuk sudah tapi masih begitu.aku takut kalau teacher tak maafkan kami.ilmu kami tak akan berkat sekiranya begitu.UPSR semakin hampir.aku tak ada persediaan yang betul betul rapi.

persediaan aku memang tunggang langgang.asyik menghadap laptop saja.malas betul aku ni.

aku ;lansung tak ada rasa seperti mahu belajar.keputusan pun makin merosot.aku hanya ada lagi dua minggu.

peperiksaan kendalian sekolah rendah 1(PKSR 1) lagi dua minggu.aku tak tahu apa strategi belajar aku.serabut betul.


assalamualaikum..

Labels:


OLD | NEW
Template 100% by ZettyIlhamZakuan. Inspiration from Kak Lettha