Bonjour silent readers ! Thanks for coming yah ! Enjoy reading and comment . Follow too !Dashboard | +Follow
assalamualaikum..ada cerita baru yang korang perlu baca ! !
Apr 28, 2011 | 12:48 AM | 0 comments
hai..penat betul harini.kalau hari sekolah memang penat.hari isnin haritu guru bertugas ada beritahu.beritahu pasal pameran buku.pameran buku? aku suka dengar berita itu.memang seronok bila dapat pilih buku yang kita suka . tapi aku tak suka bila kena bayar.

pameran tu berlansung hari ini.Mak Cik Habsah la penjualnya.ya! itulah yang aku mahu.tadi sebelum rehat ada periksa english.aku buat elok elok.tapi still dapat 38/40.hissshhh.siapa siap dulu dapat keluar rehat dulu. yes! aku siap dulu.aku hantar kertas.

salam cikgu dahulu apabila di akhir kelas.itu yang aku amalkan.agar ilmu direstui.mr x men juga siap selepas aku.hahahaha.kenapa dia siap lepas aku.sibuk betul.aku jalan dengan selamba ke kantin.aku terus menuju ke pameran buku.buku yang aku cari dahulu mestilah novel.aku minat sangat pada novel.ya.satu kelas aku suka pada novel.tapi bukan novel cinta.kami baca novel remaja dahulu.tak minat lagi dengan novel cintan cintun itu.

aku jumpa banyak novel.mulalah rambang mata.sabar zetty . sabar . jangan tamak. aku dah lama tak beli novel . jadi bila dah jumpa novel. bukan main lagi ya.aku dengan mr x men sahaja yang melihat buku di situ.masih awal lagi.kami pengawas .jadi pengawas dibenarkan rehat awal 10 minit dari murid lain.aku pilih 4 novel . sudah keliru . tak tahu nak pilih mana satu.

selepas beberapa minit aku pilih lah yang terbaik.aku pilih kalau aku seorang novelis dan mesin rumput expres.huda pinjam duit aku sebab dia nak beli novel juga.tak apalah.biarkan dia pinjam.asalkan dia pulang balik.dia beli novel yang tertulis tajuknya si blogger kampung.macam best saja bila aku dengar perkataan blogger itu.maklumlah aku kan blogger.

aku penat menulis.apalah.banyak cerita tapi malas nak tulis.nantilah aku sambung lagi pasal pameran buku dan novel ni erkkk..penat menulis.tangan masih tak baik lagi.akibat daripada hayunan kayu golf hari itu.entahla mengapa rasa sakit itu tak hilang lagi.sudah enam hari.aku tunggu.jika benda ni berlarutan aku nak jumpa doktor.bukan doktor cinta ya.ok lah .kepada besties besties aku iaitu aina dan fatin,teruskan membaca..ya...

ok lah bubye!nak layan facebook sekejap!

Labels:


OLD | NEW
Template 100% by ZettyIlhamZakuan. Inspiration from Kak Lettha