rindu tak ?
hai . OK . Kalau rindu saya kata hoorreyy pada saya .
panas yang agak panas . hehe . saya pun tak tahu apa yang saya cakap .
saya curi curi online guna komputer lama . yewww . tak suka sangat . lembap tahu ? .
tak pe lah . saya tak berapa kisah . asalkan dapat online .
humm . saya mahu kek coklat ! macam macam lah saya nak . kan . itu nak , ini pun nak . manalah tak gemuk naik sampai 44 kilogram dekat sekolah tadi . buat malu aje . tapi cikgu saya cakap yang saya terlalu kurus . ??? . TERIMA KASIH KEPADA ENCIK MOHD NOR FAHMI KERANA AWAK TELAH CAKAP PADA KELAS YANG BERAT SAYA 44 KILO KUAT KUAT ! AWAK MEMANG MENYAKITKAN HATI .
memeningkan kepala saya betul . mak cik kantin saya pun cakap macam tu . makcik tu cakap saya terlalu tinggi dan kurus . saya perlu tambahkan berat badan saya , sekiranya mahu jadi model . kuikuikui .
memang lawak bila ramai orang cakap yang saya boleh jadi model . sedangkan saya tak cantik mana pun .
bosan saya memang tahap gaban . sebab saya tak boleh online lama lama . lagipun teacher salwah tak bagi saya bukak fesbuk . facebook dan televisyen LCD entah berapa inci saya tuh telah diharamkan sama sekali oleh teacher salwah sehinggalah tamat UPSR . kecuali pada hari minggu sahaja . tapi teacher tak cakap pun blog haram . hehe . XD . so , saya tak bukak fesbuk atau tengok tv skrin nipis saya tu tapi , saya cuma bukak blog .
semalam saya memang tak sentuh pun laptop . tak berkesempatan . saya balik sekolah . saya letak beg . mandi , tukar pakaian . dan saya kunci bilik saya .
tarik novel yang bertajuk sekiranya aku menjadi novelis daripada rak katil . dan pasang lagu sambil membaca novel .
apa nak dibuat kalau tak boleh online ? baik saya baca novel . nak study >?<
heyyyy !!! dengar perkataan pun dah malas inikan nak buat . lagilah malas !
saya selalu teringatkan F . : ) . jangan lah tertanya tanya siapa F tu . sebab saya seorang jer yang tahu . orang lain no way ! yang penting F tu dah bawak lari separuh hati saya jauh jauh . sampai saya pun penat teringatkan dia . kalau saya dengan F tu , saya akan teringat lagu Nera , hatiku milikmu . jangan lupe tengok dekat youtube ehhh ... sebab lagu tu best dan best !
'disisimu buat aku terdiam seribu bahasa . dihatiku bergetar sejuta rasa . mungkinkah hatiku milikmu jua . kusayang padamu . '
kalau saya berani cakap macam tu dekat F , kan bagus . sebab itulah yang saya rasa .
terima kasih pada pencipta lagu tersebut sebab buat lagu tu . boleh saya dengar lagu tu malam malam sebelum saya tidur . suara nera pun sedap .
panas betul pagi tadi . saya sertai acara perbarisan buat kali yang pertama dalam sejarah hidup saya . oh . alangkah bahananya rasa apabila tercacak dekat padang bila matahari rambang memancar ke arah SKPPH .
saya dahlah tinggi . jadi pemegang sepanduk pula . ish . cuma saya tahun 6 . malu sangat sangat .
yang belakang semuanya tahun 3 dan 4 . yang tak boleh belah tingginya dengan saya yang dah terlebih tinggi ni . masa pembacaan ikrar , memang panas . adik adik kecil dibelakang saya tak habis habis cakap 'what the hell ' . haha .
kelakar betul bila dengar kanak kanak sekecil itu cakap macam tu .
boleh tak kalau F tolong lindungi saya daripada panas yang tak terhingga itu ? F , tolonglah jadi sunblock saya . panas sangat . /apasal gedik sangat ni\ .betul wa cakap , memang panas sangat tadi . sampai semua orang marah sebab reheasal tu buat lambat lambat .
kalau ada orang sanggup jadi sunblock saya kan bagus ??? bagus kan ???
habislah gelap bak pisang tue lepas ni . mula mula elok je kuning cerah . makin lama makin gelap . dan akhirnya hitam . ohh janganlah itu terjadi .
teringatkan peristiwa hari kiamat . bagaimana pula jika hari kiamat kelak ? sedangkan panas di dunia tidak boleh tahan hingga merungut begini , inikan pula di padang marsya . {betul tak saya eja}
tak ada gambar yang boleh saya uploadkan sebab saya guna laptop lembap ni . yang tak punya kemudahan bluetooth untuk membluetoothkan gambar yang ada dalam handphone siteri saya . ada banyak gambar yang saya tangkap di Melaka . hihi . sempat berposing bak model di sana .
almaklumlah , dulu memang ada angan angan nak jadi model . tapi , tak kan kesamapaian sebab saya nak jadi pharmacist juga ! mungkin saya akan fikirkan nya kelak . mungkin saya boleh jadi model sambilan .hehe .
Fahmi , boleh tak awak baca ikrar cepat sikit esok ? saya panas lah . dah lah F tak boleh jadi sunblock saya . kesulitan amat dikesali . haha . terpaksa saya pergi ke kedai runcit untuk beli sunblock saya untuk digantikan dengan yang telah lama habis itu .
Badan saya gemok ! Amanda perlu diet . tapi amanda tak tahan dengan diet . so , macamana nak diet ?
Fatin Alia ! Awak lebih 1 kilo berat daripada saya .. hoorreeyy saya ucapkan . hikhik. 1 kilo je . jadila .
rindu lah dekat donat yang warna biru diselangi dengan warna putih dan pink yang
OLD | NEW