Bonjour silent readers ! Thanks for coming yah ! Enjoy reading and comment . Follow too !Dashboard | +Follow
kalaulah saya dapat masuk asrama
Jul 14, 2011 | 1:02 AM | 0 comments
Pengambilan 2012 . Kolej Yayasan Saad , Ayer Keroh , Melaka . Penginapan yang selesa . Kelas berhawa dingin .Studio muzik yang canggih . Kompleks sukan yang lengkap dengan kolam renang bersaiz Olimpik , dewan serbaguna tertutup , gelanggang skuasy , tennis dan gimnasium . Kokurikulum Tambah nilai : Seni reka dan grafik .

Cikgu Norliham masuk kelas . Bertanya kelas , sesiapa yang mahu borang permohonan masuk ke Kolej Yayasan Saad . wah !


Kolej ! Bunyi kolej itu riuh sekelas . Saya orang pertama kehadapan mengambil borang tersebut daripada cikgu sambil tersenyum . Berniat mahu mencuba buat permohonan . Bunyi namanya menarik . Sebaik saja aku duduk , ramai yang minta pula .
Sedangkan tadi , mereka ragu ragu dengan cikgu . Saya cuba membaca .
Boleh tahan . Banyak benda yang perlu diisi .


Semua sijil sijil penyertaan banyak minta diisi di situ .

Cikgu Robiana yang in-charge pada masa itu , mula menerangkan serba sedikit . Khusyuk mendengar panjang lebar cikgu berkata .
"Kolej swasta . Semestinya mahal " itu kata cikgu robiana . ouh . Saya tak kisah semua tu . Apa saya kisah ?

Pada masa tu , saya hanya fikir yang saya mampu . Sebab memang saya mampu even rm10000. Ilmu . Tak ternilai . Cikgu cakap mahal . berulang kali .
Tapi , saya buat ilek je . Buat apa nak fikir ?

Saya tahu ramai kawan kawan saya tak kan mampu . Muka diorang berkerut bila dengar perkataan MAHAL . ok . Diorang fikir pasal duit .
Ramai tanya saya , "Zetty , kamu masuk ke ? "
saya jawab , " nak ! nak ! bestnye !" diorang cakap : "eiiii . mahal lah "

Saya rasa hina sangat bila diorang cakap : " tak pe lah . hang orang kaya . "
owh . Itu memang selalu kedengaran . Tak tahan dengan itu . Apesal nak sindir sindir orang ??

Cuba kalau saya cakap : " tak pe lah , kamu orang miskin !" ???? . Saya takkan cakap tu . Sebab saya hargai kawan kawan saya .

Dulu , saya tak biasa dengan rumput dekat padang . Tambah tambah kalau ade lecah . Saya geli dulu . Sya tak biasa dengan semua itu . Tapi , sekarang saya cuba biasakan diri . Sejak kawan kawan saya cakap saya ni orang bandar ! tak biasa !

Dulu , saya tak reti dengan semua benda yang kawan kawan saya buat . Sebab saya tak biasa . tapi sekarang , kalau saya masih tak biasa dengan semua tu , kawan saya mesti tak dapat terima saya !
Even ada sikit sikit lagi , benda yang saya tak biasa buat . tambah yang lasak lasak . Diorang cakap " Alah . Zetty orang bandar . Mana nak biase "

haishhh . Mama tak bagi masuk kolej tu sebab jauh . Mama suruh pegi asrama yang dekat dekat je . Tak adil . Manalah best duduk dekat dekat . Nak luar negeri !!

OLD | NEW
Template 100% by ZettyIlhamZakuan. Inspiration from Kak Lettha