Bonjour silent readers ! Thanks for coming yah ! Enjoy reading and comment . Follow too !Dashboard | +Follow
#rasa tak tenteram
Jul 20, 2011 | 11:49 PM | 0 comments
Tertekan seakan akan mahu mati . Di televisyen , saya selalu tengok orang yang terlalu tertekan boleh gila . Hal itu memang selalu sampai di telinga saya .

Adakah saya akan jadi macam tu ? Saya tak mahu . Oh Tuhan . Seandainya saya sebergini tertekan pun , janganlah Kau kurniakan aku sifat gila . Kerana aku masih mahu berjaya dalam hidup .

Saya tahu saya tak kuat . Sangat sangat tak kuat . Lemah . Sudah penat berlakon kuat hadapan semua orang . Rasa tak sanggup lagi . Tak kuat lagi dah nak hadapi dugaan yang sangat berat . Seandainya ada seseorang yang faham dengan saya . Andainya saya punya buah hati yang setia menemani . Andainya saya punya kawan baik yang setia mendengar luahan hati saya .

Tolong jangan buat saya macamni . Sepanjang hari berdepan dengan tekanan . Tekanan yang tak pernah kenal erti 'berhenti' walaupun seketika . Buat aku riang . Ketawa .

Punyakah saya seorang kakak ? Walaupun hanya kakak angkat ?

Tak larat menanggung semua beban ini berseorangan . Terlalu berat bagi orang lemah macam saya . Dah penat mata saya . SETIAP HARI mengalirkan air mata . Bening mutiara.
Seorang . Mesti berat . Tak larat lagi dah . Rasa macam nak lari .

Tekanan yang datang sangat kuat . Tak kira masa . Tak pernah seorang pun faham . Mengerti . Apa itu tekanan , masalah , pengorbanan , cabaran , cubaan yang berat pada aku . Bolehkah mereka faham sedangkan mereka tak pernah merasanya ?

Mereka tak pernah dan tak mungkin akan pernah . Mereka cukup bertuah berbanding aku .


Keseorangan menunggu seseorang . Menanti kebahagiaan . Walaupun hanya seketika .
Tolong . Buat aku gembira . Buat aku ketawa . Buat aku suka . Buat aku bahagia .
Jangan biarkan aku dengan tekanan . Stress .

Tekanan di rumah banyak mengganggu . Tahukah mereka masalah aku bila berjauhan dengan sekolah . ? . Apa gunanya tahu ? Kalau tak pernah merasainya .

Seksanya penderitaan . Peritnya kehidupan . Pahitnya masa berjalan . Sakitnya
hati yang dikurniakan . Pedihnya rasa menanggung keseorangan .

Harini lah . Hari yangtak tenteram buat aku . Orang di rumah tak memahami . Tak pernah nampak usaha aku .

OLD | NEW
Template 100% by ZettyIlhamZakuan. Inspiration from Kak Lettha